Hawa Rizwana

Hawa Rizwana Ahmad Redzuan (lahir 7 September 1995) merupakan seorang penyampai berita Malaysia, terkenal sebagai penyampai Buletin TV9 (2016-2018) dan kini merupakan bekas penyampai Buletin Utama di TV3 (2019-2022). Namanya menjadi tular di media sosial kerana memiliki wajah seiras selebriti terkenal, Neelofa.[1] Bapanya ialah bekas pengacara televisyen, Prof. Dato' Dr. Ahmad Redzuan Abdul Rahman.[2][3] Hawa Rizwana yang berdarah keturunan Arab, Siam dan Aceh dilahirkan di Illinois, Amerika Syarikat[3] mula menjalani latihan sebagai penyampai berita ketika masih mengikuti latihan industri sebagai wartawan penyiaran untuk program Wanita Hari Ini (WHI).[3]Hawa Rizwana pernah mewakili Malaysia untuk persembahan tarian di Hungary sempena Festival Royal Days (Kiralyi Napok) pada 2015. Beliau juga ialah peminat tegar sukan badminton.[4]Sejak 2020 hingga 2022, beliau menjadi salah seorang pengacara Wanita Hari Ini di TV3.[5]

Hawa Rizwana

Pekerjaan
  • Pengacara
  • Penyampai berita
  • Penyampai radio
Ibu bapa Prof. Dato' Dr. Ahmad Redzuan Abdul Rahman (bapa)
Pendidikan Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kewartawanan)
Tahun aktif 2016–kini
Saudara
  • Adam Riyadz Ahmad Redzuan (abang)
  • Amzar Rudzain Ahmad Redzuan (adik)
Majikan
Kelahiran
Hawa Rizwana binti Ahmad Redzuan

(1995-09-07) 7 September 1995 (umur 27)
Pusat pendidikan Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Rujukan

WikiPedia: Hawa Rizwana http://www.encikshino.com/biodata-hawa-rizwana-pem... http://www.utusan.com.my/hiburan/tidak-kejar-glamo... https://beritaviralterkini.com/biodata-profil-hawa... https://www.facebook.com/hawarizwanaredzuan https://www.instagram.com/hawarizwana/ https://www.projekmm.com/s/1430279/wajah-iras-neel... https://twitter.com/HawaRizwana https://www.youtube.com/c/HawaRizwana https://www.hmetro.com.my/rap/2017/08/250284/nekad... https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2020/04...